Sunday, 19 March 2017

Aktiviti 2: Sesi Bergambar Japians16/17


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Sesi bergambar ini adalah untuk pembikinan banner dan organisasi Jalinan Masyrakat JAPI16/17. 
Walaupun sukar untuk berkumpul pada satu masa bersama-sama, namun kami berpatah arang demi mengadunkan kesemua 24 orang pelajar Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam tahun 1 ini. 


Sesi Bergambar

Friday, 3 March 2017

Aktiviti 1 : Perjumpaan bersama penyelaras dan perjumpaan unit


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Majlis Tertinggi telah mewujudkan beberapa unit bagi memastikan kelancaran program yang akan kami lakukan. Setiap unit yang wujud ini pastinya akan berselisih lengan demi memikul amanah dan kepercayaan dari Majlis Tertinggi.

Sebahagian unit telah mengadakan perjumpaan antara ahli-ahli unit bagi membincangkan aktiviti dan tugas yang akan dijalankan.


Perjumpaan bersama penyelaras





Perjumpaan semua unit



Perjumpaan Unit Dana dan Tajaan



Perjumpaan Unit Multimedia dan Teknikal

Thursday, 2 March 2017

JAPIANS FIRST YEAR 2017


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam atau lebih dikenali sebagai JAPI disebuah universiti termuka iaitu Universiti Malaya. Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam ini diketuai oleh 




Dr Syed Mohammad Hilmi bin Syed Abdul Rahman
Doctoral Degree (PhD), UNIVERSITY OF JORDAN, AMMAN, JORDAN (Akidah)
MUSUL, UNIVERSITY OF MALAYA (UM)
DIPLOMA PENDIDIKAN, UIAM, UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA (IIUM)
BA (HONS), UNIVERSITY OF AL-AZHAR, CAIRO


Manakala penyelaras bagi subjek Jalinan Masyarakat ialah



Dr Khairul Mohd Naim Bin Che Nordin

Doctoral Degree (PhD), UNIVERSITY OF MALAYA (UM) (Pemikiran Islam)

Seterusnya,bilangan mahasiswa Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam bagi kemasukan 2016/2017 ialah seramai 24 orang. Mahasiswa ini dikehendaki mengemas kini setiap aktiviti yang dilakukan bersama di jabatan tersebut di ruangan blog ini. 


 Sebahagian mahasiswa kemasukan 2016/2017 dari Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam.

SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN JABATAN AKIDAH DAN PEMIKIRAN ISLAM


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya seperti yang ada pada hari ini merupakan gabungan antara Jabatan Pengajian Islam dan Akademi Islam. Pada mulanya, kedua-dua institusi ini merupakan dua buah institusi yang berasingan dan mempunyai sejarah serta tradisi keilmuan Islam yang panjang sejak 1959 dengan penubuhan Kolej Islam Malaya dan diikuti dengan penubuhan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) pada 1965.

Jabatan Pengajian Islam ditubuhkan pada tahun 1959, hasil daripada gabungan yang formal antara Kolej Islam Malaya pada waktu itu dan Universiti Malaya. Sejak itu, Majlis Kolej Islam berfungsi sebagai Penguasa Eksekutif kepada Jabatan berkenaan, manakala Senat Universiti Malaya pula mengawasi segala yang berhubung dengan hal-hal akademik. Apabila Kolej Islam Malaya dibubarkan pada tahun 1970, Jabatan Pengajian Islam telah diletakkan di bawah bidang kuasa Majlis dan Senat Universiti Malaya. Selama tempoh tersebut, sehingga ia bergabung dengan Akademi Pengajian Islam pada bulan April 1996. Jabatan ini merupakan sebuah Jabatan di bawah Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Akademi Islam pula ditubuhkan pada tahun 1981 hasil pengambilalihan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK), yang telah ditubuhkan sejak 1965. Penubuhannya dirasmikan pada tahun 1 April 1981 oleh Datuk Musa Hitam, Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu. Dua Fakulti ditubuhkan iaitu Fakulti Syariah dan Fakulti Usuluddin, satu program ijazah iaitu prigram Sarjana Muda Pendidikan Islam dan satu program matrikulasi iaitu Pra Akademi Islam.

Pada tahun 1996, Akademi Pengajian Islam terus berkembang dengan penubuhan 9 buah Jabatan dan salah satunya adalah Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam. Jabatan ini menawarkan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (Akidah dan Pemikiran Islam) dan Ijazah Sarjana Usuluddin (Akidah dan Pemikiran Islam) serta Ijazah Doktor Falsafah (PhD). Jabatan ini juga pernah menawarkan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (Alam Hayat) dan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (fizik) dari tahun 2002/2003 hngga 2006/2007 yang dibuat secara usaha sama antara Akademi Pengajian Islam dengan Fakulti Sains, Universiti Malaya